Kerjaya perancang bandar ini adalah kerjaya yang dibelakang tabir dan tersembunyi. Bidang perancangan bandar ini dikenali sebagai "master of all, expert of none' kerana untuk menceburi bidang ini perlu mengetahui semua bidang tetapi tidaklah sebagai pakar dalam sesuatu bidang. Apakah bezanya? jika arkitek mereka bentuk bangunan maka perancang pula mereka bentuk luar daripada bangunan iaitu susunan bangunan atau apa apa lot tanah di atas muka bumi. Misalnya jalan raya menghala dari mana ke mana, masjid di mana, rumah di mana, sekolah dan sebagainya semuanya ditentukan oleh perancang bandar. Bidang ini amat popular di negara luar seperti US dan UK. Bidang ini mempunyai prospek yang luas dimana saja tempat yang belum membangun. Antara tokoh negara yang telah menceburi bidang ini ialah Tun Daim. Di Malaysia terdapat beberapa IPT yang meyediakan kursus ini antaranya ialah UiTM, UTM, UIAM,USM, UM, UUM dan Lim Kok Wing.
Tuesday, January 27, 2015
Definisi ‘Walkability’
Definisi ‘Walkability’
Menurut Sungjin (2008), maksud ‘walkability’ semakin meluas seperti ‘liveability’
tetapi definisinya tidak spesifik. ‘Walkability’ adalah sesuatu yang
bermaksud hubungan jaringan dan kualiti laluan pejalan kaki atau siar kaki di
bandar. Ia boleh diukur melalui kerja komprehensif infrastruktur untuk pejalan
kaki meliputi kajian permintaan dan bekalan (Leather, Fabian, Gota, & Mejia,
2011). Centre for Liveable Cities (2013), dalam
diskusi panel yang dianjurkan di Singapura merumuskan bahawa ‘walkability’ adalah
sesuatu yang memberi peluang kepada masyarakat menggunakan mod berjalan kaki
sebagai mod yang signifikan sekiranya tidak banyak mod pengangkutan. Ia
bukanlah sekadar membuat laluan pejalan kaki yang menarik tetapi mengambil faktor
kualiti udara, teduhan, elemen taman, tandas awam, pencahayaan, keselamatan dan
aksesibiliti untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan berumur. Ia juga
bermaksud perhubungan antara mod pengangkutan. Menurut Inani, Hafazah, dan Puziah (2013), ‘walkability’ adalah keadaan persekitaran yang membolehkan aktiviti membeli belah,
melawat ke destinasi, berhibur dan meluangkan masa di sesebuah kawasan. Dari
definisi yang diberikan ‘walkability’ adalah keadaan persekitaran yang
membolehkan manusia ke destinasi yang ingin mereka pergi tanpa halangan.
Dipetik daripada tesis saya pada tahun 2014 bertajuk
JARINGAN
‘WALKABILITY’ LALUAN PEJALAN KAKI KAJIAN KES:PUSAT BANDAR SHAH ALAM SEKSYEN 14
Subscribe to:
Comments (Atom)
