Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu adalah sebuah agensi kerajaan yang amat special kerana ia adalah perbandanan yang bernaung bawah Kementerian Wilayah. Ia berada di Rumah Rohas di Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur.
Saya amat beruntung kerana sempat merasai pengalaman bekerja di perbadanan walaupun sekejap . Perbadanan ini disingkatkan dengan nama PKB. Untuk makluman semua perbadanan ini berperanan seperti Kerajaan Tempatan yang lain kerana ia mempunyai peranan membangunkan semula Kampong Bharu. Saya amat bersyukur kerana dapat mempelajari dalam setiap bidang tugas di PKB ini. Dengan berada di Bahagian Perancangan Bandar saya juga mempelajari bahagian arkitek dan kejuruteraan. Disini memerlukan kepantasan bekerja memandangkan di PKB tidak ramai kakitangan.
PKB sering mengadakan program yang bersama dengan penduduk Kampong Bharu bagi meninjau pendapat tentang masterplan yang dibangunkan, Pihak AJM telah berjaya mendapat tender membuat master plan Kampong Bharu dan baru baru ini Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu telah siap. Pelan ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah multiple ownership di Kampong Bharu. Disinilah tempat saya belajar bagaimana menguruskan tender dan mengurus mesyuarat memandangkan ramai golongan politik yang juga ahli lembaga PKB. Peluang menyertai mesyuarat bersama pihak Gamuda KVMRT dan Pihak AJM adalah sesuatu yang berharga. Saya juga amat bersyukur kerana telah diberikan penghormatan untuk memimpin bacaan doa sempena lawatan rasmi Tengku Adnan sebagai Menteri Wilayah yang baru.

