Saturday, February 7, 2015

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB)

Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu adalah sebuah agensi kerajaan yang amat special kerana ia adalah perbandanan yang bernaung bawah Kementerian Wilayah. Ia berada di Rumah Rohas di Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur.

Saya amat beruntung kerana sempat merasai pengalaman bekerja  di perbadanan walaupun sekejap . Perbadanan ini disingkatkan dengan nama PKB. Untuk makluman semua perbadanan ini berperanan seperti Kerajaan Tempatan yang lain kerana ia mempunyai peranan membangunkan semula Kampong Bharu. Saya amat bersyukur kerana dapat mempelajari dalam setiap bidang tugas di PKB ini. Dengan berada di Bahagian Perancangan Bandar saya juga mempelajari bahagian arkitek dan kejuruteraan. Disini memerlukan kepantasan bekerja memandangkan di PKB tidak ramai kakitangan. 

PKB sering mengadakan program yang bersama dengan penduduk Kampong Bharu bagi meninjau pendapat tentang masterplan yang dibangunkan, Pihak AJM telah berjaya mendapat tender membuat master plan Kampong Bharu dan baru baru ini Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampong Bharu telah siap. Pelan ini diharapkan dapat menyelesaikan masalah multiple ownership di Kampong Bharu.  Disinilah tempat saya belajar bagaimana menguruskan tender dan mengurus mesyuarat memandangkan ramai golongan politik yang juga ahli lembaga PKB. Peluang menyertai mesyuarat bersama pihak Gamuda KVMRT dan Pihak AJM adalah sesuatu yang berharga. Saya juga amat bersyukur kerana telah diberikan penghormatan untuk memimpin bacaan doa sempena lawatan rasmi Tengku Adnan sebagai Menteri Wilayah yang baru.

  

Tuesday, January 27, 2015

Perancangan Bandar

Apakah perbezaan antara perancang bandar dengan arkitek?

Kerjaya perancang bandar ini adalah kerjaya yang dibelakang tabir dan tersembunyi. Bidang perancangan bandar ini dikenali sebagai "master of all, expert of none' kerana untuk menceburi bidang ini perlu mengetahui semua bidang tetapi tidaklah sebagai pakar dalam sesuatu bidang. Apakah bezanya? jika arkitek mereka bentuk bangunan maka perancang pula mereka bentuk luar daripada bangunan iaitu susunan bangunan atau apa apa lot tanah di atas muka bumi. Misalnya jalan raya menghala dari mana ke mana, masjid di mana, rumah di mana, sekolah dan sebagainya semuanya ditentukan oleh perancang bandar. Bidang ini amat popular di negara luar seperti US dan UK. Bidang ini mempunyai prospek yang luas dimana saja tempat yang belum membangun. Antara tokoh negara yang telah menceburi bidang ini ialah Tun Daim. Di Malaysia terdapat beberapa IPT yang meyediakan kursus ini antaranya ialah UiTM, UTM, UIAM,USM, UM, UUM dan Lim Kok Wing. 


Definisi ‘Walkability’

            

Definisi ‘Walkability’


Menurut  Sungjin (2008), maksud ‘walkability’ semakin meluas seperti ‘liveability’ tetapi  definisinya tidak spesifik.  ‘Walkability’ adalah sesuatu yang bermaksud hubungan jaringan dan kualiti laluan pejalan kaki atau siar kaki di bandar. Ia boleh diukur melalui kerja komprehensif infrastruktur untuk pejalan kaki meliputi kajian permintaan dan bekalan (Leather, Fabian, Gota, & Mejia, 2011). Centre for Liveable Cities (2013), dalam diskusi panel yang dianjurkan di Singapura merumuskan bahawa ‘walkability’ adalah sesuatu yang memberi peluang kepada masyarakat menggunakan mod berjalan kaki sebagai mod yang signifikan sekiranya tidak banyak mod pengangkutan. Ia bukanlah sekadar membuat laluan pejalan kaki yang menarik tetapi mengambil faktor kualiti udara, teduhan, elemen taman, tandas awam, pencahayaan, keselamatan dan aksesibiliti untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan berumur. Ia juga bermaksud perhubungan antara mod pengangkutan. Menurut Inani, Hafazah, dan Puziah (2013), ‘walkability’ adalah keadaan persekitaran yang membolehkan aktiviti membeli belah, melawat ke destinasi, berhibur dan meluangkan masa di sesebuah kawasan. Dari definisi yang diberikan ‘walkability’ adalah keadaan persekitaran yang membolehkan manusia ke destinasi yang ingin mereka pergi tanpa halangan.

Dipetik daripada tesis saya pada tahun 2014 bertajuk
JARINGAN ‘WALKABILITY’ LALUAN PEJALAN KAKI KAJIAN KES:PUSAT BANDAR SHAH ALAM SEKSYEN 14